widget

masa itu emas

anda pengunjung ke:

Thursday 22 September 2011

PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH INDAHNYA ISLAM


TARIKH : 21 SEPTEMBER 2011
TEMPAT : MASJID AR-RAHIMAH, KUALA KUBU BHARU
SASARAN: MURID TINGKATAN 2 DAN 4

PECUTAN AKHIR PMR 2011

PROGRAM : PECUTAN AKHIR PMR
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2011
TEMPAT : DEWAN UMAR ABDUL AZIZ, SMKBS2
SASARAN : SEMUA MURID TINGKATAN 3
MOTIVATOR: AURA IMTIYAZ TRAINING AND CONSULTACY




Wednesday 21 September 2011

TAKLIMAT MEREKAYASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAERAH HULU SELANGOR

TARIKH: 21 SEPTEMBER 2011
HARI: RABU
MASA: 8.00 PG
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SMK BUKIT SENTOSA 2

AKTIVITI:
1. TAKLIMAT BERKAITAN PERTANDINGAN MEREKAYASA OLEH TUAN HJ
2. AGENDA:
i. PERLANTIKAN JAWATANKUASA PELAKSANA
ii. PERLANTIKAN HAKIM PERTANDINGAN
iii. UNDIAN PENYERTAAN DARI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR


SELEPAS SELESAI MESYUARAT, GURU-GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG HADIR MEMBUAT LAWATAN KE BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BUKIT SENTOSA 2

Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi November 2011 / Februari 2012

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan sesi November 2011 / Februari 2012 atau Semestar 2 2011/2012 telah dan akan mula dibuka oleh beberapa universiti yang terlibat.

Pengambilan IPTA sesi November 2011 / Februari 2012 ini memberi peluang kepada sebilangan pelajar yang gagal semasa pengambilan sesi Jun yang lalu dan untuk mereka yang baru menamatkan pengajian atau terlepas peluang semasa sesi yang lalu.
Secara amnya pengambilan sesi November adalah untuk program pengajian peringkat Asasi dan Diploma. Manakala pengambilan sesi Februari 2012 adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Cara Memohon

Pengambilan ke IPTA bagi sesi Jun/Julai yang lalu diuruskan secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali dengan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Pengambilan ke IPTA bagi sesi November 2011 / Februari 2012 atau Semestar 2 Sesi 2011/2012 ini pula diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan. Oleh itu semua permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang tersebut. Sila rujuk ke laman web yang ditentukan untuk setiap universiti. Walaupun begitu hanya sebahagian kecil sahaja universiti yang ada membuat pengambilan dan tidak semua program pengajian yang ditawarkan.

Pengambilan November 2011 / Februari 2012

Setakat ini berikut adalah IPTA yang ada membuat pengambilan. Kami memohon kepada pembaca yang mempunyai maklumat mengenai IPTA lain supaya dapat berkongsinya di sini.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS – UPSI

Program Pengajian UPSI

  • Sesi November 2011
    • Diploma Sains
    • Diploma Muzik
    • Diploma Bahasa Inggeris
    • Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
    • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Sesi Februari 2012
    • Ijazah Sarjana Muda
Semua program Diploma yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan UPSI

  • Sesi November 2011
    • Permohononan perlu dibuat secara online sahaja mulai 12.00 tengahari 12 September 2011.
  • Sesi Februari 2012
    • Permohononan dijangka akan dibuka dalam bulan November 2011.
  • Pemohon perlu membeli nombor BITARA ID bernilai RM 26.00 dari Bank Simpanan Nasional.
  • Sila rujuk laman web Permohonan Atas Talian UPSI dan Bahagian Akademik UPSI.

Tarikh Tutup UPSI

  • Sesi November 2011
    • Permohonan akan ditutup pada 26 September 2011.
  • Sesi Februari 2012
    • ~ akan dimaklumkan ~

Keputusan Permohonan UPSI

Maklumat UPSI

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi talian 05 450 6929 / 6030 / 6932 atau emel akademik@upsi.edu.my.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA – UiTM

Program Pengajian UiTM

  • Sesi November 2011
    • Asasi Undang-Undang
    • Diploma
    • Profesional
  • Sesi Februari 2012
    • Ijazah Sarjana Muda

Permohonan UiTM

Tarikh Tutup UiTM

  • Sesi November 2011
    • Permohonan telah ditutup pada 14 Ogos 2011 lalu kecuali program Profesional dilanjutkan sehingga 30 September 2011.
  • Sesi Februari 2012
    • ~ akan dimaklumkan ~

Keputusan Permohonan UiTM

Maklumat UiTM

Sila hubungi talian 03 5544 3164/ 65/ 66/ 74/ 75 atau faks 03 5544 3170 atau emel bpp@salam.uitm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA – UIAM

Program Pengajian UIAM Sesi Februari

  • Ijazah Sarjana Muda

Permohonan UIAM

Tarikh Tutup UIAM

  • Permohonan kemasukan sesi Februari 2012 UIAM akan ditutup pada 31 Disember 2011.

Keputusan Permohonan UIAM

Maklumat UIAM

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi UIAM di talian 03 6196 4000 samb 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau emel admissions@iiu.edu.my.

Maklumat

  • Maklumat berkenaan pengambilan universiti sesi November 2011 dan Februari 2012 di atas diperolehi daripada laman web IPTA yang berkenaan dan maklum balas daripada para pembaca ePutra.com

Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2011

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka tawaran permohonan biasiswa politeknik bagi tahun 2011. Para pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik adalah dipelawa untuk memohon biasiswa politeknik tajaan JPA ini.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman web Permohonan Biasiswa Politeknik JPA.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 September 2011 jam 11.59 malam.

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang.
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional

Aliran Teknikal

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 6 pakej kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Sains Pertanian dan AgroTeknologi.

Aliran Vokasional

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Aliran vokasional menyediakan 19 pakej kursus iaitu Automotif, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Binaan Bangunan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkembangan dan Perkhidmatan Kanak-kanak, Bakeri, Pelancongan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Teknologi Tanaman, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan dan Pengaturcaraan Komputer.
Aliran Kemahiran & Kolej Vokasional
Aliran kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Aliran kemahiran menyediakan 20 pakej kursus iaitu Pemesinan Am, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Mekanik Kenderaan Motor, Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Furniture Maker, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu, Jurupaip, Pelukis Pelan Senibina, Timber Processing & Finishing Technology (Furniture), Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektrik Industri, Juruteknik Elektronik Audio Visual, Demi Chef, Pembuat & Pereka Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Rendah Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian, Pemprosesan Makanan dan Equine Industry Programme.
Kolej Vokasional pula menyediakan 16 pakej kursus iaitu Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Pembinaan, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan udara, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Seni Kulinari, Kosmetologi, Fesyen dan Membuat Pakaian, Hortikultur Hiasan, Landskap, Mekanisasi Agro, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan dan Agroindustri Ternakan Poltri

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
    • Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
  • Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy), yang serius dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan Elektrik (Aliran Teknikal), kursus Elektrik dan Elektronik (Aliran Vokasional) serta kursus Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan (Aliran Kemahiran) mestilah tidak rabun warna.

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan SMV boleh dibuat dengan dua cara:
    1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2012 .
    2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau SMV yang berdekatan.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan SMV. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT/SMV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan  percubaan PMR 2011 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang berkenaan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012 adalah pada 19 Disember 2011.

Maklumat

  • Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2012.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik/Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 bagi Tahun 2012

Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.

Aliran SBP

Ketika ini ada sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Kementerian Pelajaran menyediakan 60 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama Ikhtisas dan 27 buah SBP menawarkan aliran Sains Teknikal di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran SBP

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Sains Tulen : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik,   Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi,  Elektif.
Sains Teknikal : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan Fizik, Kimia.
Sains Sosial : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Elektif.
Sains Tulen Agama : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.
Aliran Agama Ikhtisas : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan,  Sains, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas.

Permohonan SBP Tingkatan 4 2012

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua sekolah asal untuk disahkan.
  • Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2012 akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2012 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Maklumat

  • Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
  • Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 bagi Tahun 2012

Para pelajar Tahun 6 atau Darjah 6 yang akan menduduki UPSR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2012 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang. Ketika ini terdapat 57 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.

Aliran SBP

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini terdapat 43 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Permohonan SBP Tingkatan 1 2012

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak DUA salinan.
    1. Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah asal pemohon.
    2. Salinan kedua dihantar kepada Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dipilih.
  • Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2011.

Maklumat

  • Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
  • Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

Tawaran Kemasukan Putera Baru ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Bagi Tingkatan 4 Sesi Pengajian 2012

Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011.
Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Jantina – Lelaki.
  3. Tinggi Minimum -  152 sm.
  4. Berat Minimum -  40.5 kg.
  5. Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
  6. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  7. Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah  tidak melebihi 6/12.
  8. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
  9. Terbuka kepada pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan percubaan PMR mendapat 4A 2B  (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggerís, Matematik dan Sains) dan berpotensi lulus cemerlang dalam Peperiksaan PMR sebenar Tahun 2011.
  10. Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan BAT B 115 Pin 3/03 Maktab Tentera Diraja dan menduduki Ujian Khas MTD (UKMTD) sebagai prasyarat kemasukan ke tingkatan 4 di Maktab Tentera Diraja.
  11. Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD) akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir di MTD.
  12. Pelajar yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan pengajian bagi tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Ingerís, Matematik dan Sains).
CARA MEMOHON

  1. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) di laman Web MTD iaitu www.rmc.edu.my secara percuma atau datang sendiri ke alamat seperti di bawah.
  2. Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
                        Sel Pemilihan
                        Pejabat Pegawai Pendidikan Kanan
                        Maktab Tentera Diraja
                        Kem Sungai Besi
57000 KULALA LUMPUR
Borang Permohonan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 30 September 2011. Borang Permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD (UKMTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 Jan 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor 03-90867470/7471.
Borang permohonan boleh didapati di sini. (Sila gunakan Internet Explorer 7 ke atas untuk mendapatkan borang ini)

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT) SESI DISEMBER 2011

Permohonan ke Sesi Disember 2011 boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (ON-LINE) sahaja dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my mulai 8 Ogos 2011.
Untuk mengakses e-Borang, pemohon mesti mengisi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.
Pemohon diminta membeli nombor PIN di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran seperi berikut:

Kategori Pemohon
Harga No. PIN Catatan
                         Lulusan SPM RM 10.60 No. PIN 6 digit bermula dengan nombor 16XXXX
Lulusan Sijil/Diploma Politeknik, lulusan Sijil            Kolej Komuniti, lulusan Kolej Matrikulasi KPM RM 6.00 No. PIN 6 digit bermula dengan nombor 41XXXX


Pemohon perlu mengemukakan MyKad semasa membeli nombor PIN di BSN bagi mengelakkan berlakunya kesilapan nombor kad pengenalan. Kesilapan tersebut akan menyebabkan pemohon tidak boleh mengakses e-Borang.
Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.
Sila pastikan slip pembayaran BSN dicetak dengan nombor kad pengenalan pemohon yang betul serta terdapat enam (6) digit nombor PIN setelah pembayaran dibuat.
Calon yang tidak berjaya atau calon yang berjaya tetapi tidak mendaftar bagi sesi sebelum ini, perlu memohon semula jika masih berminat untuk melanjutkan pengajian di Politeknik KPT.
Permohonan akan ditutup pada hari Isnin, 12 September 2011.
Keputusan permohonan boleh diketahui pada Rabu, 26 Oktober 2011.

Saturday 17 September 2011

PERSEDIAAN SEBELUM PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN SEBELUM PEPERIKSAAN

Persediaan Fizikal
- Kesihatan (tidur yang cukup / jaga pemakanan / riadah).
 
Persediaan Mental
-Hindari tanggapan negatif (menyerah kalah sebelum berjuang / merasa belum bersedia / harapan yang terlalu tinggi). Berfikiran positif. 


Persediaan Emosi
- Mengelak diri daripada gangguan emosi (pertengkaran / perasaan marah / cinta / “overconfident” / berprasangka buruk).Bertenang / yakin diri / bersedia lebih awal / bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tak diingini. 

Persediaan Rohani
- Ketenangan Jiwa (jangan tinggalkan perkara wajib seperti solat 5 waktu / perbanyakkan amalan sunat / mohon restu kedua ibu bapa / pebanyakkan zikir / tinggalkan dan jauhi maksiat / perbanyakkan berdoa)

Tuesday 13 September 2011