widget

masa itu emas

anda pengunjung ke:

MUHASABAH DIRI

MUHASABAH DIRI
KOLEKSI DOA

http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiDoa/SenaraiDoa.htm


HUSNUSZON.....

Syeikh Abdul Qadir Al-jailani telah memberikan tips untuk sentiasa bersangka baik sesama insan:


* jika engkau bertemu seseorang, yakinilah dia lebih baik darimu..ucapkanlah dalam hatimu "mungkin kedudukannya disisi Allah lebih tnggi dan lebih baik dariku"

* jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu "anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku ini telah banyak bermaksiat kepada Allah, mungkin dia lebih jauh baik dariku"

* jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu "dia telah beribadah lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku"

* jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu "drang ini memperolehi kurnia yang tidak akan kuperolehi,mencapai kedudukan yang tidak oernah kucapai, mengetahui apa yang tidak pernah kuketahui dan mengamalkan ilmunya, tentu dia kebih baik dariku"

* jika bertemu orang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu "orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia tidak tahu,sedangkan aku bermaksiat kepadaNya, padahal aku mengetahui akibatnya,dan aku tidak tahu akhir umurku dan umurny kelak, dia tentu lebih baik dariku"

* jika bertemu orang kafir, maka ucapkanlah dalam hatimu "aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk islam dan beramal soleh dan boleh jadi di akhir usiaku, aku kufur dan berbuat kejahatan ( na'uzubillahi min zalik)